CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 1, 2010

Aku dan hati


“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacala
h Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keem
pat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”-

Ibrahim Al-Khawas RA


Tirai malam dibuka. Di hujung pentas dua sahabat karib sedang berbicara. Aku dan Hati. Kelihatan sang Hati berduka nestapa.
Aku: Duhai hati, mengapa kau bermuram durja hari ini? Kongsilah masalahmu padaku.
Hati : Aku kongsikan kiranya kau sudi mendengar.

Aku : Ya, aku ingin mendengar.

Hati : Bagaimana aku tidak bermuram. Aku sedih. Kau tidak seperti dulu lagi. Kau tidak lagi menemani aku dengan Tahajjudmu dimalam hari. Kau biarkan aku merintih rindu pada Tuhan.

Aku : Maafkan aku. Apakah itu sahaja? Wajahmu jua kulihat pucat tidak bermaya. Mengapa begini?

Hati : Wahai diri, mana mungkin aku tidak pucat sebegini kalau tidak kau tidak berikan aku makanan padaku lagi?
Aku : Makanan? Apa maksudmu? Aku tidak mengerti.

Hati : Bodohnya engkau. Bukankah dahulu engkau memberi aku makanan kepadaku dengan bersedekah pada yang memerlu? Mengapa sekarang kau tinggalkan sedekah itu??

Aku : Jahilnya aku. Aku minta maaf. Apa lagi yang membuat engkau menjadi lemah dan tidak bermaya begini?

Hati : Ke mana Al Quranmu minggu ini? Aku belum mendengarnya walau sepatah. Aku rindukan lantunan ayatNya. Mengapa kau begini? Mahukah engkau melihat aku mati lantaran tidak ku dengar lagi ia kini?

Aku : Jangan begitu wahai hati. Aku bersalah! Aku bersalah! Maafkan aku. Aku tidak mahu melihat engkau mati atau derita. Terus khabarkan padaku apa lagi yang membuat kau menderita sebegini?
Hati : Aku merasakah hidupku kosong. Tiada ruh. Tahukah engkau mengapa?

Aku : Tidaklah engkau lebih mengetahui dari aku. Aku ternyata jahil sekali.

Hati : Ke mana solat jemaahmu? Aku merasa duniaku tidak bererti dan tidak ada keberkatan dek solat jemaah yang kau jauhkan. Mengapa kau sebegini teruk?? Bukankah kita pernah bersama-sama mendengar bahawa Rasulillah SAW pernah ingin membakar rumah sahabat yang tidak bersolat jemaah? Jua kau pernah membacakan hadis kepadaku berkenaan Baginda menyuruh sahabat yang buta sekalipun untuk datang mendirikan solat jemaah! Apakah kau lupa?? Maka, lantaran alasan apakah lagi yang kau berikan pada Ilahi ketika dihitungkan kelak??

Aku :Duhai hatiku sayang, Aku menyesal. Entah syaitan apa yang merasukku sampai aku menjadi begini. Aku terkadang ingin kembali kepada fitrah tetapi tidak terdaya rasa.
Hati : Kau memang bodoh! Bagaimana engkau ingin terbitkan kekuatan seandainya kekuatan itu sendiri kau halau bilamana ia menghampirimu?? Bukankah kau tahu, aku menjadi kuat dengan segala apa yang pernah kau lakukan dahulu?? Sekarang kau tinggalkannya, maka bagaimana kau dan aku ingin menjadi kuat? Kuatkan aku dalam kau maka kau akan kuat bersamaku.

Aku: Ternyata segala katamu tepat belaka. Aku memang jahil. Beruntung sungguh aku mendapat sahabat sepertimu. Suka duka bersama. Baiklah, aku akan menjadi lebih baik dari aku sekarang. Maafkan aku atas segala kekejaman aku terhadapmu wahai hati. Maafkan aku.

Hati : Aku gembira amat mendengar begitu. Ayuh, kita mulakan taubat denganNya. Moga-moga Dia menerima ampunmu dan ampunku jua.

Aku : Ayuh!
Dua bersahabat meninggalkan pentas menuju ke kamar solat. Tirai malam ditutup perlahan-lahan....
**********************




Hati. Perasaan. Sukar diramal dan dikawal.

Perasaan hati yang sering diganggu oleh nafsu dan syaitan menyebabkan manusia sentiasa terdorong melakukan kejahatan. Peningkatan usia yang semakin dewasa menjadikan lonjatan kejahatan semakin memuncak di dalam diri. Manusia yang memiliki hati perlu bermujahadah sebenar-benar mujahadah bagi memerangi sentimen kejahatan dalam diri. Semakin tinggi keilmuan (agama) yang ada di dalam diri manusia, semakin besar dugaan yang datang mencabar keimanan manusia.


"Ustaz, ana amat terharu dengan ustaz. Ustaz sudah terlalu banyak menyusahkan diri-sendiri untuk menolong ana. Ana tak tahu macam mana nak ucap rasa terharu ana atas pertolongan ustaz. Kata-kata ana ini bukan dibuat-buat. Ia lahir dalam hati ana. Terima kasih ustaz."

Manusia. Hatinya sentiasa berbolak balik. Apabila manusia banyak ditolong oleh seseorang, ia akan melahirkan rasaterharu. Perasaan terharu menyebabkan manusia yang ditolong akan memberi pujian kepada yang ditolong. Namun apabila pujian belaku berulang kali dan berlebih-lebihan, ia mampu mengundang kepada permasalahan hati. Pertolongan yang bermula dengan hati yang ikhlas pada awalnya mungkin boleh berubah di atas pujian dan sanjungan yang "over".Campurtangan syaitan dan nafsu yang memungkinkan lahirnya sifat-sifat mazmumah yang terkeji (bangga diri, riak, dll). Ini semua akan merosakkan hati. Merosakkan kecintaan hamba pada Maha Pencipta.


Tik. Tik. 1 message received.

Jangan bersedih. Ku bangga lihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian. Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari lihat tawamu kerana pengkhianatan. Ku bangga andai engkau syahid dari hidupmu tanpa Islam. Ku bangga kita sama-sama mewarisi kepayahan rasul-rasul untuk kejayaan ISLAM.

Reply message.


"Ustaz ada masalah ke? Ana tak suka "message" macam ni. Kita kan sama-sama dah janji nak jaga hati."

Tekedu seketika. "Garang juga ustazah ni". Namun bila direnung kembali, tersenyum sendirian. "Betul juga, aku dah lakukan kesalahan. Alhamdulillah dikurniakan srikandi. Penyejuk di mata, penawar di hati."

Rasionalnya. Nasihat menasihati, ingat mengingati adalah suatu perkara yang baik dalam Islam. Berlaku kekhuatiran jika perkara ini berlaku secara berterusan. Terutamanya antara lelaki dan perempuan. Dorongan nafsu ditambah dengan godaan syaitan yang tak kenal letih dan jemu. Bimbang. Bimbang terjadinya perkara yang merosakkan hati, melalaikan diri, menggugat keimanan di hati.

Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, cahaya ilahi.
p/s..ayuh sama-sama kita menjaga hati!!

editted from junaidiahmad & ibnuahmad

3 comments:

Anonymous said...

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi
=)

.: nia :. said...

"Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam"
kt hadis tu kn, ape beza yg 3rd n 4th?
cm lebey kurang je..huhu..

Que Nadz said...

anonymous~
lagu jagalah hati eh..=)

farhana~
rasanya memang lbey kurang ja..juz maybe yg 3rd 2 lbey kpd usaha kita utk bangun malam dgn niat utk beribadat,yg 4th plak bila dah bangun malam usaha kita utk beribadat menghampirkan diri kpd Allah mcm Qiamullail..so,ksimpulannya,bangunla d sepertiga malam n buat Qiamullail..huhu..=)