CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 H

Awal muharram detik permulaan..penghijrahan nabi dan umat Islam..dari Kota Mekah ke Kota Madinah..

puasa pada 10 muharram (hari Assyuuraa')
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.


Antara kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain...
    • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
    • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
    • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
    • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
    • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
    • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
    • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
    • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
    • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
    • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
    • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
    • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
    • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
    • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
    • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
    • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
    • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
**********************************
  • Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulanRamadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
  • Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)
  • Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)
  • Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)
  • Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari).Rasulullah s.a.w. bersabda;"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
  • sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa.""Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"
  • "Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut.""Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10Muharram"
Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam mendekatkan diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan yaitu Allah SWT.


Wednesday, December 1, 2010

Aku dan hati


“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacala
h Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keem
pat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”-

Ibrahim Al-Khawas RA


Tirai malam dibuka. Di hujung pentas dua sahabat karib sedang berbicara. Aku dan Hati. Kelihatan sang Hati berduka nestapa.
Aku: Duhai hati, mengapa kau bermuram durja hari ini? Kongsilah masalahmu padaku.
Hati : Aku kongsikan kiranya kau sudi mendengar.

Aku : Ya, aku ingin mendengar.

Hati : Bagaimana aku tidak bermuram. Aku sedih. Kau tidak seperti dulu lagi. Kau tidak lagi menemani aku dengan Tahajjudmu dimalam hari. Kau biarkan aku merintih rindu pada Tuhan.

Aku : Maafkan aku. Apakah itu sahaja? Wajahmu jua kulihat pucat tidak bermaya. Mengapa begini?

Hati : Wahai diri, mana mungkin aku tidak pucat sebegini kalau tidak kau tidak berikan aku makanan padaku lagi?
Aku : Makanan? Apa maksudmu? Aku tidak mengerti.

Hati : Bodohnya engkau. Bukankah dahulu engkau memberi aku makanan kepadaku dengan bersedekah pada yang memerlu? Mengapa sekarang kau tinggalkan sedekah itu??

Aku : Jahilnya aku. Aku minta maaf. Apa lagi yang membuat engkau menjadi lemah dan tidak bermaya begini?

Hati : Ke mana Al Quranmu minggu ini? Aku belum mendengarnya walau sepatah. Aku rindukan lantunan ayatNya. Mengapa kau begini? Mahukah engkau melihat aku mati lantaran tidak ku dengar lagi ia kini?

Aku : Jangan begitu wahai hati. Aku bersalah! Aku bersalah! Maafkan aku. Aku tidak mahu melihat engkau mati atau derita. Terus khabarkan padaku apa lagi yang membuat kau menderita sebegini?
Hati : Aku merasakah hidupku kosong. Tiada ruh. Tahukah engkau mengapa?

Aku : Tidaklah engkau lebih mengetahui dari aku. Aku ternyata jahil sekali.

Hati : Ke mana solat jemaahmu? Aku merasa duniaku tidak bererti dan tidak ada keberkatan dek solat jemaah yang kau jauhkan. Mengapa kau sebegini teruk?? Bukankah kita pernah bersama-sama mendengar bahawa Rasulillah SAW pernah ingin membakar rumah sahabat yang tidak bersolat jemaah? Jua kau pernah membacakan hadis kepadaku berkenaan Baginda menyuruh sahabat yang buta sekalipun untuk datang mendirikan solat jemaah! Apakah kau lupa?? Maka, lantaran alasan apakah lagi yang kau berikan pada Ilahi ketika dihitungkan kelak??

Aku :Duhai hatiku sayang, Aku menyesal. Entah syaitan apa yang merasukku sampai aku menjadi begini. Aku terkadang ingin kembali kepada fitrah tetapi tidak terdaya rasa.
Hati : Kau memang bodoh! Bagaimana engkau ingin terbitkan kekuatan seandainya kekuatan itu sendiri kau halau bilamana ia menghampirimu?? Bukankah kau tahu, aku menjadi kuat dengan segala apa yang pernah kau lakukan dahulu?? Sekarang kau tinggalkannya, maka bagaimana kau dan aku ingin menjadi kuat? Kuatkan aku dalam kau maka kau akan kuat bersamaku.

Aku: Ternyata segala katamu tepat belaka. Aku memang jahil. Beruntung sungguh aku mendapat sahabat sepertimu. Suka duka bersama. Baiklah, aku akan menjadi lebih baik dari aku sekarang. Maafkan aku atas segala kekejaman aku terhadapmu wahai hati. Maafkan aku.

Hati : Aku gembira amat mendengar begitu. Ayuh, kita mulakan taubat denganNya. Moga-moga Dia menerima ampunmu dan ampunku jua.

Aku : Ayuh!
Dua bersahabat meninggalkan pentas menuju ke kamar solat. Tirai malam ditutup perlahan-lahan....
**********************




Hati. Perasaan. Sukar diramal dan dikawal.

Perasaan hati yang sering diganggu oleh nafsu dan syaitan menyebabkan manusia sentiasa terdorong melakukan kejahatan. Peningkatan usia yang semakin dewasa menjadikan lonjatan kejahatan semakin memuncak di dalam diri. Manusia yang memiliki hati perlu bermujahadah sebenar-benar mujahadah bagi memerangi sentimen kejahatan dalam diri. Semakin tinggi keilmuan (agama) yang ada di dalam diri manusia, semakin besar dugaan yang datang mencabar keimanan manusia.


"Ustaz, ana amat terharu dengan ustaz. Ustaz sudah terlalu banyak menyusahkan diri-sendiri untuk menolong ana. Ana tak tahu macam mana nak ucap rasa terharu ana atas pertolongan ustaz. Kata-kata ana ini bukan dibuat-buat. Ia lahir dalam hati ana. Terima kasih ustaz."

Manusia. Hatinya sentiasa berbolak balik. Apabila manusia banyak ditolong oleh seseorang, ia akan melahirkan rasaterharu. Perasaan terharu menyebabkan manusia yang ditolong akan memberi pujian kepada yang ditolong. Namun apabila pujian belaku berulang kali dan berlebih-lebihan, ia mampu mengundang kepada permasalahan hati. Pertolongan yang bermula dengan hati yang ikhlas pada awalnya mungkin boleh berubah di atas pujian dan sanjungan yang "over".Campurtangan syaitan dan nafsu yang memungkinkan lahirnya sifat-sifat mazmumah yang terkeji (bangga diri, riak, dll). Ini semua akan merosakkan hati. Merosakkan kecintaan hamba pada Maha Pencipta.


Tik. Tik. 1 message received.

Jangan bersedih. Ku bangga lihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian. Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari lihat tawamu kerana pengkhianatan. Ku bangga andai engkau syahid dari hidupmu tanpa Islam. Ku bangga kita sama-sama mewarisi kepayahan rasul-rasul untuk kejayaan ISLAM.

Reply message.


"Ustaz ada masalah ke? Ana tak suka "message" macam ni. Kita kan sama-sama dah janji nak jaga hati."

Tekedu seketika. "Garang juga ustazah ni". Namun bila direnung kembali, tersenyum sendirian. "Betul juga, aku dah lakukan kesalahan. Alhamdulillah dikurniakan srikandi. Penyejuk di mata, penawar di hati."

Rasionalnya. Nasihat menasihati, ingat mengingati adalah suatu perkara yang baik dalam Islam. Berlaku kekhuatiran jika perkara ini berlaku secara berterusan. Terutamanya antara lelaki dan perempuan. Dorongan nafsu ditambah dengan godaan syaitan yang tak kenal letih dan jemu. Bimbang. Bimbang terjadinya perkara yang merosakkan hati, melalaikan diri, menggugat keimanan di hati.

Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, cahaya ilahi.
p/s..ayuh sama-sama kita menjaga hati!!

editted from junaidiahmad & ibnuahmad